17 Jul 2013

Contract PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

webmasterAnywhere

NOTE: This job listing has expired and may no longer be relevant!

Job Description

JAWATAN     :    PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

GRED        :     U3

KUMPULAN PERKHIDMATAN/KLASIFIKASI       :       Sokongan/ Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan

JADUAL GAJI :

GAJI MINIMUM                             GAJI MAKSIMUM                          KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM801.84                                     RM2,140.69                                  RM80.00

 

ELAUN :

Imbuhan Tetap Khidmat Awam :  RM95.00

Imbuhan Tetap Perumahan    :   RM180.00

Bantuan Sara Hidup      :   RM250.00 – Johor Bahru

SYARAT LANTIKAN:

1.        Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a)      Warganegara Malaysia;

b)      Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c)      (i)     Tamat Tingkatan Tiga sekolah menengah bantuan penuh Kerajaan

dan   d)      Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


TARAF JAWATAN: KONTRAK

LOKASI: UTM JOHOR BAHRU

 

DESKRIPSI TUGAS:

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pembersihan dan membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.


CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:

1)      Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat semasa permohonan di atas talian termasuk GAMBAR calon melalui laman web UTM.

2)      Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.

3)      Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

4)      Salinan Sijil-sijil Akademik dan Sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan hendaklah diserahkan semasa menghadiri temuduga.

5)      Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan  selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

6)      Pemohon yang menggunakan kelulusan Peperiksaan Khas sila memohon secara manual.

7)      Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilainan Prestasi terkini melalui pos kepada Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru.

8)      Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan diberi keutamaan.

9)      PEROKOK ADALAH TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON

Sumber :
Pejabat Pendaftar
UTM Johor Bahru

How to Apply

Permohonan hendaklah dilakukan secara online. Layari laman web berikut : https://hrfin.utm.my/smuhr/

Job Types: Contract.

11,073 total views, 4 today